2nd Innovative teacher conference - Korea

Picture
Sia Lay Boey, guru di Sekolah Jenis Kebangsaan China (SJKC) Taman Connaught, Cheras di Kuala Lumpur menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Microsoft, serta perisian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran serta perisian kursus yang disediakan oleh pembangun perisian kursus untuk sekolah Cina oleh sebuah syarikat swasta tempatan yang dikenali sebagai CSSM Sdn. Bhd.

Menurut Lay Boey, seperti rakan gurunya yang lain, dia juga membuat persiapan mengajar dengan menyediakan bahan yang secukupnya sebagai syarat pengintegrasian antara ICT dan bahan mengajar.

Semasa persembahannya di Seoul, fokus Lay Boey adalah pada topik Menanam Sayur-Sayuran untuk murid tahun lima, mata pelajaran Bahasa China.

``Sebagai persiapan aplikasi ICT di bilik darjah, saya akan memastikan adanya capaian Internet, kamera digital, pengimbas dan aplikasi Microsoft Office iaitu Words, Excel dan Powerpoint,'' katanya.

Namun begitu, pelajar masih perlu melakukan aktiviti konvensional iaitu membuat pemerhatian di pasar basah, pasar malam, kebun sayur-sayuran, dan kemudiannya membentangkannya ciri-ciri setiap sayuran seperti kandungan nutrisinya, namanya, warnanya dan kepelbagaian rasanya ketika di dalam kelas, kata Lay Boey.

Menerusi pengajaran berbantukan ICT, beliau berkata, secara tidak langsung guru dan pelajar telah belajar membina carta, melakukan persembahan multimedia, menyiapkan lembaran kerja, menyisipkan data dan sebagainya.